PERADUAN “Refer dan Menang bersama RAKU”

Terma-terma & Syarat-syarat

  1. Penganjur

    MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd

  2. Stesen

    RAKU

  3. Nama Peraduan

    PERADUAN “Refer dan Menang bersama RAKU”

  4. Huraian Ringkas Peraduan/ Rancangan

    Peserta perlu daftar & dapatkan kod kupon unik mereka dan rujuk kepada sahabat mereka untuk muat turun aplikasi RAKU. Lebih banyak orang merujuk ke Raku bersama Kod itu, lagi tinggi kemungkinan untuk menang.

  5. Mekanisma ringkas Peraduan

    1. Peserta perlu mendaftar atau log masuk (jika telah mendaftar) di users.raku.my untuk dapatkan kod unik mereka.
    2. Muat turun aplikasi Raku dan daftar sebagai pengguna atau Log Masuk menggunakan Facebook anda.
    3. Setelah mendaftar, link pendaftaran bersama kod unik akan dipaparkan kepada peserta.
    4. Peserta perlu kongsi link & kod unik itu bersama rakan-rakan dan minta mereka mendaftar dan muat turun aplikasi Raku.
    5. Lagi ramai orang yang mendaftar dan muat turun Raku dengan kod anda, lagi tinggi peluang anda untuk menang.
    6. Pemenang akan dihubungi melalui Facebook oleh krew RAKU

  6. Kriteria Kelayakan

    Peraduan ini dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas pada 18 September 2017.

    Dalam situasi di mana seseorang peserta adalah di bawah umur 18 tahun, peserta tersebut mesti mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga peserta untuk memasuki Peraduan ini. Pihak Penganjur adalah menganggap bahawa ianya merupakan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga untuk memantau penyertaan peserta di dalam Peraduan ini. Ibu bapa atau penjaga, tertakluk kepada budibicara mutlak pihak Penganjur, dikehendaki untuk menandatangani satu indemniti dalam bentuk yang dikehendaki oleh pihak Penganjur sebagai salah satu pra syarat kelayakan penerimaan Hadiah peserta dibawah jagaan ibu bapa atau penjaga terbabit.

  7. Ketidaklayakan

    Golongan berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:-

    1. Pekerja-pekerja/ Kontraktor-kontraktor Penganjur, MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd, Astro Malaysia Holdings Berhad, anak syarikat dan syarikat bersekutunya, penaja-penaja, ejen-ejen, peniaga, pedagang atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengan Peraduan dan suami, isteri, anak-anak, ibu-bapa dan adik beradik;
    2. Orang-orang yang telah memenangi hadiah (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM 1000 atau kurang daripada pihak Stesen Radio dalam tempoh (30) hari sebelum Peraduan ini;
    3. Orang-orang yang telah memenangi hadiah (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM 1001 - RM 5000 daripada pihak Stesen Radio dalam tempoh (90) hari sebelum Peraduan ini;
    4. Orang-orang yang telah memenangi hadiah (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM 5001 atau lebih daripada pihak Stesen Radio dalam tempoh (365) hari sebelum Peraduan ini

  8. Umur Kelayakan

    Peraduan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas pada 18 September 2017

  9. Caj

    Caj telekomunikasi boleh dikenakan.

  10. Tempoh Peraduan

    18 September 2017 sehingga 22 Oktober 2017

  11. Bahasa Peraduan

    Bahasa Malaysia

  12. Prosedur Penyertaan

    Melalui aplikasi RAKU

  13. Tarikh Tutup Penyertaan

    11.59pm pada 22 Oktober 2017

  14. Cara Penghantaran

    Online

  15. Alamat

    All Asia Broadcast Centre,
    Technology Park Malaysia,
    Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur

  16. Pemilihan Pemenang

    Hadiah Mingguan (18 September 2017 – 15 Oktober 2017)

    Berdasarkan jumlah muat turun terbanyak menggunakan kod unik yang dikongsi untuk minggu tersebut

    Hadiah Utama (18 September 2017 – 22 Oktober 2017)

    Berdasarkan jumlah muat turun terbanyak menggunakan kod unik yang dikongsi untuk tempoh peraduan pada 22 Oktober 2017

  17. Hadiah

    HADIAH UTAMA

    Satu (1) buah telefon bimbit jenama Samsung model S8 Bernilai RM3500

    HADIAH MINGGUAN

    16x Baucar GoShop (4 hadiah setiap minggu selama 4 minggu) bernilai RM500 setiap satu baucar

  18. Pemberitahuan Pemenang Peraduan

    Pemenang akan dihubungi oleh pihak RAKU melalui Facebook profile awam mereka. Pengumuman untuk pemenang Grand Prize akan dibuat pada 27 Oktober 2017, pada jam 12 tengah hari

  19. Tempoh Pengambilan Hadiah

    6 November 2017 – 10 November 2017, Waktu Bekerja (9:00AM – 5:00PM)

  20. Tempat Pengambilan Hadiah

    All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,
    Lebuhraya Puchong-Sungai Besi, Bukit Jalil, 57000,
    Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur,
    Malaysia

  21. Terma-terma tambahan, jika ada

    Sebarang keputusan Penganjur adalah muktamad

Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan akan mengikat kesemua peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini (“Peserta”). Definisi-definisi dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan akan digunakan kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Terma-terma Asas. Jika terdapat sebarang ketidakselarasan antara Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan, Terma-terma Asas akan mengatasi setakat ketidakselarasan tersebut.

Kemasukan dan penyertaan di dalam Peraduan ini akan dianggap sebagai penerimaan Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan secara tanpa syarat oleh para Peserta